25 October 2011

Sedih itu pedih


Bilakah kesedihan akan berhenti?
Itu yang selalu bermain di dalam fikiran aku sehinggakan terganggu emosi seketika.
Suka melihat kegembiraan terpancar riak wajah seorang kanak-kanak.
Mereka tak perlu memikirkan apa-apa melainkan keseronokan untuk mengenali dunia baru yang cukup sempurna di hadapan mereka.


Ya Tuhan..semememangnya semakin aku dewasa semakin banyak dugaan hebat kau beri padaku.Menjadikan aku semakin matang dan tabah menghadapi ini semua.

Ya Allah.. walaupun kau uji aku aku terimanya dengan redha namun kadang-kadang aku tidak cukup kuat untuk menerima lantaran hanya titisan air mata mengalir jatuh ke bumi.

Aku selalu memikirkan bahawa kesedihan ini akan menjadikan pendinding kekuatan diri untuk aku terus maju.

Semoga selepas ini akan ada cerita indah yang membuatkan aku tersenyum dan terus tersenyum..




0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu