Seringkali emosi menguasai diri aku tidak mampu untuk menanggung keperitan itu dan pertemuan pelbagai ranjau dilalui pahit getir seorang insan yang kerdil di bumi Allah..Lantaran air mata berkaca menitis keluar merasakan bebanan cukup berat untuk aku tempuhi perjalanan yang termaktub sejak azali.
Ya tuhan aku tahu kau tidak akan menguji hambamu melainkan kemampuannya.
Firman Allah yang bermaksud:
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....." (2:286)
" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. " (2:216)
Aku percayakan itu
Aku sayangkan Allah
SUBHANALLAH
Ya tuhan... di sebalik riang dan ketawaku hanya Kau yang mengetahui rahsia kehidupanku.
Pesanan DIRIKU:
Aku hanya mampu berdoa agar segala kesulitan dialami akan dipermudahkan segalanya
Pesanan SEMUA:
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu
0 Pelangi Cinta:
Post a Comment