20 December 2011

Masalah?Keliru!!!yang mana satu



Dalam kehidupan ini kita tak akan pernah dan tak pernah rasa lari daripada masalah. Setiap daripada kita semua pasti akan melalui masalah tidak kiralah masalah kecik atau besar tidak kira tua atau muda. Semua itu harus dilalui dengan hati yang tabah. Korang pernah rasainya kan dan mungkin sekarang korang juga boleh merasa sama apa yang aku rasai kini


Semasa belajar korang mungkin akan rungsing untuk memlilih kursus yang terbaik untuk masa depan selepas SPM nanti.Itu juga masalah kan dilema korang..Dan sedikit ke depan lagi korang akan melalui masalah untuk mendapatkan pekerjaan yang secure untuk hari tua nanti.Itulah yang berlaku dalam diri aku sekarang.Bukan bermaksud aku tak mencari tapi sedaya upaya memperah keringat aku usahakan sehingga aku sanggup berhabiskan banyak wang ringgit untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada yang sekarang


Dalam hati bukan bermaksud aku tak bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang namun keputusan harus dibuat aku harus agresif untuk mendapatkan apa yang aku harapkan. Bohong kalau aku kata aku tak merasa kecewa, aku tak rasa sedih aku tak nangis. Bohongggg...Sekuat-kuat hati aku sekeras-keras emosi aku akhirnya aku juga tumpas melawan perasan itu dan dalam hati aku menjerit sekuat-kuat dahhh aku dah tak sanggup menghadapinya.Tolonggg Tuhan..Tolong Ya Allah..

Bila difikirkan sedalam-dalam apakah ini dugaan Yang Maha Esa buat diri aku Adakah ini sebahagian daripada liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba perlu aku lalui. Ya Tuhan apakah yang sedang Engkau merencanakan untukku. Aku mohon sangat-sangat perlindungan daripadamu petunjuk dari Mu Ya Allah.. agar aku bisa berdiri dengan niat untuk mencari rezeki untuk beribadah kepadamu Ya Allah..


Aku merasakan mata mulai berkaca hati begitu sayup dan sungguh pedih dan sedih sangat terasa berguguran air mata jernih jatuh ke pipi merasakan beban berat dipikul dalam hati diluahkan di entri ini. Terima kasih kawan-kawan buat yang sudi mendengar luahan hati seorang insan kerdil di bumi Allah

Semoga akan ada pertemuan indah yang meyakinkan aku untuk terus dan terus melangkah kehadapan


Doakan aku ya kawan-kawan..Aminnn..


0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu