24 December 2011

Yusry dan Lisa akan kahwin



Haaaaa...ini satu berita baik bagi semua peminat Yusry KRU dan Lisa Surihani.
Sebelum ini heboh diperkatakan umum yang mereka berdua dilamun cinta namun persoalannya bilakah mereka bakal melangsungkan perkahwinan.




Teka teki tersebut sudah terjawab!!!!Pagi tadi Yusry dalam sidang media mengumumkan bahawa mereka berdua bakal mendirikan rumah tangga.


Yusry memberitahu bahawa majlis pernikahannya dengan Lisa Surihani akan berlangsung pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. 


Majlis resepsi pula akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).



Dalam kenyataaan mereka juga masing-msing memberikan jawapan positif terhadap perhubungan cinta mereka.

Saya melihat Lisa sebagai seorang wanita yang very natural, caring, dan baik hati dan dia juga menyayangi saya sepenuh jiwa sepertimana saya juga menyayanginya sepenuh jiwa. Bila saya stress atau menghadapi saat-saat sukar, dia selalu ada di sisi, jauh mahupun dekat.” – Yusry Abd Halim


“Abang bukan seperti kebanyakan lelaki yang akan ‘mengayat-ayat’ pada awal perkenalan, dia seorang yang gentleman,” – Lisa Surihani

Beruntungnya Lisa dapat Yusry kan..Yusry pun beruntung dapat Lisa kan!!Aku bukan kaki jeles ok..turut mendoakan mereka!!Semoga ikatan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat..Suka laaa tengok mereka lorr looks sweetzzz sangat!!


Lisa dan Yusry nampak macam adik beradik aku tengok..Korang rase??

1 Pelangi Cinta:

Azilinda Mohd Ali said...

yes...muke dieorg cm sama kan...

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu