10 July 2014

Tahniah!!PAC lulus

Assalammualaikum semua bloggers..syukran alhamdulillah!! Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang ke 12 bersamaan 12 Ramadhan 1435 Hijrah. Rasa seronok berpuasa pada tahun ini kerana merasakan rezeki semakin melimpah ruah biarpun bersederhana yang penting ada kebahagian disitu.

Hari ini juga dikhabarkan suatu berita agak menggembirakan kerana dengan rasa rendah diri aku LULUS dalam PAC Penolong Pegawai Belia dan Sukan 12 Jun yang lalu.Bagaikan tak percaya dengan berita ini namun siapa aku untuk mempertikaikan rezeki didepan mata.Syukur alhamdulillah dengan runtunan jiwa hati aku sayu mengenangkan kejayaan pada hari ini.

" YA ALLAH aku dengan rasa sayu hati dan rendah diri melahirkan rasa syukur tidak terhingga,Terima kasih YA ALLAH Engkau memudahkan perjalanan hambamu dan Engkau sedang mengatur suatu rencana kehidupan yang terbaik untukku.In Syaa Allah!! Mudah-mudahan..Kau permudahkan lah aku untuk menghadapi stage seterusnya.Semoga segala perancangan Engkau aturkan aku dapat lalui dengan tenang dan yakin semoga akan ada hikamah disebalik musibah dan kegagalan yang ditempa YA ALLAH "


Amin..Amin Ya Rabbal A'lamin..





0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu