07 March 2012

DJ Hot FM sah bercerai



Tahun 2012 sinar permulaan gembira buat beberapa pasangan selebriti yang baru berumahtangga dan mendapat cahayamata, rupanya ada cerita sedih yang berlaku kepada penyampai radio Hot FM dan pengacara Sharifah Aleya dengan bekas suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.
“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.
Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.

Aku sendiri terkejut dengan berita perceraian ini sebab Leya dan Ashraf yang juga merupakan anggota Kumpulan Jam 11 dilihat sebagai pasangan bahagia atau loving couple. 







Nota kaki : Mungkin jodoh mereka dah tertulis setakat ini sahaja. Wallahualam!! 
Kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka lebih-lebih lagi buat anak-anak mereka.

sumber:izyan

5 Pelangi Cinta:

Saya Disini said...

la...pulak..

mama lynn said...

jodoh pertemuan tu kerja Allah kan

iema ツ said...

tak sangka kan dorang akan bercerai ..

Hidayah Maznan said...

terkejut dgr diaorang bercerai..kesian anak2..

Mrs Aya said...

betol 2..moge2 akan ada hikmah disebalik nie sume..kita hanya mampu merancang tapi Allah tentukan

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu